Saturday, November 30, 2019

strength

Sometimes, i just wish that i fell so sick, that everyone around me realised that i am tired. 

Ya ALLAH please protect me

Tuesday, November 19, 2019

internal strength

Saya kena lebih kerap menulis, untuk kenangan. 

Tentang Wardah, anak kedua saya, alhamdulillah seorang yang solehah. Pada hari ini, badan wardah panas sikit, air liur banyak keluar,mungkin nak tumbuh gigi, merap sepanjang hari. Tiba tiba lupa pula macam mana umayr masa kecil macam mana. Itulah pentingnya tulis, kerana motherhood is so overwhelming that you tend to forget. Not that it is not important, but you are so focus about the present. 

Jadi hari ini rasa overwhelmed dan penat sangat. Rasa nak nangis tapi kat tempat kerja, ada staff, ada customers. Sambil dukung wardah masuk bilik air, nangis cepat cepat. Pastu cuci muka keluar balik.

Kebanyakan masa, my self talk yang kuatkan diri. Jumpa customers yang nasib lebih malang, insaf sekejap, tapi masih rasa penat. Jadi nangis lagi dalam bilik air. 

Sayang sangat wardah dan umayr. Sebenarnya kena latih diri punyai internal strength yang kuat. Pujuk diri sendiri dan hargai juga pujukan Allah. 

Sebab saya tak cerita kepada sesiapa segala rant ttg hidup peribadi. 

Sekarang dah tutup kedai masuk kereta terus wardah tidur, jadi blog la dulu sebelum balik. 


Saturday, October 12, 2019

Suatu hari saya menangis teresak esak

Kenangan ini bermain main di minda, teragak agak nak kongsi atau tidak. Bagi saya ia adalah satu insiden yang sangat terkesan. Jadi saya cerita hanya sebagai kenangan.

Rasanya dalam bulan July 2018, saya sedang sarat mengandungkan Wardah. Umayr pula kebetulan cuti sekolah. Izzat, kebetulan tiada staff. Saya pula ada seorang staff permanent, dan part timer kebetulan masa tu Ezzah (adik ipar)

Jadi saya bawa la umayr ikut saya ke kedai seperti biasa. Mungkin sebab pregnant, jadi saya sangat letih, masa tu travel jauh lagi. Letih sangat

Balik kerja lebih kurang 10.40pm sampai kajang. Dah mandi, masa solat tu, doa sungguh sungguh kat Allah. "Ya ALLAH, aku penat sangat"

Tiba tiba telefon berdering, belum buka telekung, tengok yang call Umi. Angkat la takut ada urusan penting..

Umi tanya, kat mana, jawab la kat rumah. Tiba tiba umi kata, esok hantarla umayr rumah umi, shifaa boleh rehat sikit.

Masa tu, Ya Allah, banjir terus. Laju sangat air mata jatuh, tapi cover suara, cakap takpe ke, tapi sebab nak cover nangis, terus cakap okay thank you. Lepas letak telefon, sambung nangis yang teresak esak.

Serius, dah lama x nangis teresak esak.
Izzat masuk bilik terus cuak tgk saya nangis macam tu.

Rupanya adik saya Numan dan ezzah balik kerja, cakap kat umi, kesian pulak tengok shifaa nampak penat sangat, nak handle kedai, jaga umayr yang tengah aktif, mengandung lagi.

Ya ALLAH, bila ingat balik memang sebak . Sebab Allah jawab terus doa. Onthespot.

Terima kasih Allah,
Terima kasih. Numan dan ezzah
Terima kasih umi

Untuk kenangan ini

Monday, June 24, 2019

Why not facebook?

10.15pm
Desa Cempaka,Nilai

Df ing Wardah while blogging.

Why I choose to write here?

It is because facebook is so open, I don't share so much personal things there. Although I no longer add or approve any new friends since 2014, which means my friends in the list are real one. I still feel facebook is where people have other interest.

Then I decide to share personal photos on instagram. I follow 42 profiles whom are my immediate family, in laws, cousins and close friends and umayrs kindergarten; and only have 36 followers. I do share thoughts there.

But blog is more personal, I feel that no one reads my blog except for those who really wants to read my thoughts. Even my family don't read them. I feel safe here. I don't make it private because just in case,if my time in dunia has ended, I hope that someone can contact my children and husband and give them this link, sebagai kenangan

Okay thats all, now all is raw, no time for editting, have to blog fast

Sunday, June 23, 2019

Wahai Anak Anak

Assalamualaikum,

Kenapa saya ambil keputusan untuk menulis semula?

Mungkin suatu hari nanti bila anak anak dah besar, boleh mengenali lebih tentang diri ini.

Ya, parents juga manusia biasa. Saya pun, bukan la sentiasa positif, kuat semangat, tak perlu rasa rendah diri.

Memang ada masa, kita akan rasa DOWN, nak give up, marah, emosi

Itu normal, yang penting bagaimana mengurusnya mengikut kehendak Allah

Saya akan kongsi kisah dan buah fikiran

2019

Saja sapu sapu sikit kasi tak berhabuk. Hampir 2 tahun tak menulis