Tuesday, November 19, 2019

internal strength

Saya kena lebih kerap menulis, untuk kenangan. 

Tentang Wardah, anak kedua saya, alhamdulillah seorang yang solehah. Pada hari ini, badan wardah panas sikit, air liur banyak keluar,mungkin nak tumbuh gigi, merap sepanjang hari. Tiba tiba lupa pula macam mana umayr masa kecil macam mana. Itulah pentingnya tulis, kerana motherhood is so overwhelming that you tend to forget. Not that it is not important, but you are so focus about the present. 

Jadi hari ini rasa overwhelmed dan penat sangat. Rasa nak nangis tapi kat tempat kerja, ada staff, ada customers. Sambil dukung wardah masuk bilik air, nangis cepat cepat. Pastu cuci muka keluar balik.

Kebanyakan masa, my self talk yang kuatkan diri. Jumpa customers yang nasib lebih malang, insaf sekejap, tapi masih rasa penat. Jadi nangis lagi dalam bilik air. 

Sayang sangat wardah dan umayr. Sebenarnya kena latih diri punyai internal strength yang kuat. Pujuk diri sendiri dan hargai juga pujukan Allah. 

Sebab saya tak cerita kepada sesiapa segala rant ttg hidup peribadi. 

Sekarang dah tutup kedai masuk kereta terus wardah tidur, jadi blog la dulu sebelum balik. 


No comments: