Monday, September 1, 2014

perihal duit, perut dan mimpi

Bismillahirahmanirrahim.

Aku membuat keputusan untuk meluahkan rasa di sini, kerana blog ini yang baca pun sedikit dan mereka yang baca pun yang rapat dan concern tentang aku, x mungkin random orang akan jumpa kot. hahah. Setiap hari sebenarnya aku sangat berdebar, sejak 16 June 2014, sejak kedai aku dibuka. Bermodalkan 'hard earn money' dan duit simpanan ahli keluarga, aku mengambil risiko untuk mengejar mimpi. Dulu aku bermimpi untuk mempunyai kedai sendiri, dan ALLAH makbulkan doa aku. Dan hari ini aku merasai sendiri apa yang sering aku dengar, kisah kisah usahawan yang berjaya, yang melalui liku liku di permulaan. Antaranya :

      • " Can you imagine, sitting in a shop waiting for customer to come"
      • " Even, you got demotivated at the end of the day with zero sales"
      • " You have to bear with first 3 years"
      • "I was very fragile at that time, cried a lot"
      • " I only have panadol for my paracetamol"                 
Dan kini mereka berjaya, rata rata setelah 10 tahun. 

Sebenarnya sekarang aku tengah membuat aku punya cashflow, tapi debaran di perut ni setiap kali aku but cashflow (macam bercinta), so aku stop and tulis dlm blog. nak tulis kat fb x elok. 

Alhamdulillah setakat ini sentiasa ada improvement, tapi memang penuh debaran, kerana aku rasa dalam perniagaan, yang mana kita telah laburkan semua yang kita ada, tekanan dia berbeza. Kalau dulu, hujung bulan dapat gaji, in fact x ingat pun gaji masuk bila, sebab alhamdulillah, nak withdraw atau bayar online selalu cukup, sekarang, lepas satu satu bank pergi, lepas satu satu atm card cuba. dan setiap bulan perlu pastikan cukup duit untuk minyak, tol, dan duit kereta. Tapi perasaan macam ni sebenarnya indah, kerana kita belajar hidup apa adanya. (walaupun sekarang i'm holding my tears). 

Seseorang yang sangat rapat dengan aku pernah menasihati aku untuk amalkan surah waqiah, tidak kurang juga yang menasihati aku untuk amalkan solat sunat dhuha, dan aku cuba amalkan. 

Tapi amalan surah waqiah sangat memberi motivasi, bukan lah dengan membaca surah ini, directly sales akan meningkat, tapi apa yang amazingnya, surah ini, menceritakan tentang hari kiamat. Setelah membaca surah ini, aku akan ingat tujuan utama kita ialah akhirat dan syurga. Jadi segala kesulitan yang dialami di dunia ini, sepatutnya membuat aku lebih kuat dan semangat! Dan dalam surah ini juga, ada menyebut tentang ALLAH yang memberi rezeki. Jadi setiap customer yang datang, aku merasakan ALLAH yang menggerakkan hati mereka. 

Apa pun, tak ada apa yang perlu aku rungutkan, kerana nikmat ALLAH terlalu banyak, tak terkira, Aku dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan membantu, dan tidak cukup dengan itu, ALLAH hadiahkan pula keluarga baru yang bukan sahaja memahami, malah merasai apa yang aku alami. Maka aku dikelilingi  oleh orang orang yang sangat 'mendukung'. Itulah nikmat ALLAH yang paling tak terhingga. Terima kasih ALLAH. 

Apa kaitan tajuk?

perut - refer pada debaran perut @ butterfly in the stomach - everyday
duit - apa yang aku fikir setiap hari
mimpi- hari ini adalah mimpi aku semalam. 


No comments: