Saturday, May 31, 2014

perihal hati

Bismillahirrahmanirrahim, 

Lama betul dah tak menulis.  

A Reflection:

2 tahun lalu, aku pernah menulis tentang perihal hati, tentang layak kah kita untuk berkecil hati. Hmm mungkin aku terlalu mahu untuk tidak berkecil hati, setiap kali aku hampir kecil hati aku ubah persepsi. Tapi aku rasa, sebenarnya manusia perlu berkecil hati. Itu adalah fitrah. Kerana sebenarnya bila kita mula berkecil hati, itulah masa kita kembali pada ilahi. Jika setiap kali pun kita mahu positifkan diri, kita mungkin lupa merintih pada ilahi. Kerana hakikatnya manusia itu lemah, sifat manusia perlu untuk meluahkan, merintih dan bermanja. Aku tak pasti kalau lelaki, tapi untuk perempuan, kita pasti akan merasa lebih lega setelah meluahkan apa yang terbuku di hati. Aku pasti bukan aku sahaja tapi semua pun pernah, apabila hati betul betul terguris, dan kita cerita pada ALLAH, cerita dalam doa, bukan minta apa apa tapi hanya cerita. Dan setelah itu, sebenarnya masalah masih tidak selesai, orang yang mengguris hati kita masih tidak perasan, dan mungkin akan terus mengguris, tapi hati kita lebih tenang dan tidak lagi terguris. (kerana kita telah menangis terhiba hiba menceritakan pada Pembolak balik hati). Subhanallah.  

Itu yang berlaku pada aku, aku baru perasan yang aku kini jarang sekali merintih padaNYA. Imanku lompong dan hatiku kosong (eh, power lak rasa bahasa melayu aku). Aku rasa aku perlu juga untuk biarkan hati aku terguris sekali sekala. Agar aku kembali kepada Yang Paling Mencintaiku lebih dari sesiapapun. 

Wallahualam

No comments: