Wednesday, March 16, 2011

ikhlas??

Aku terpanggil untuk berkongsi cerita setelah terdengar perbualan antara 2 orang rakan sekerja berkenaan ikhlas.

Staff 1 : kalau kau buat sesuatu kebaikan,dan mengharapkan pahala dari ALLAH adakah itu dikira ikhlas?

Staff 2 : ya,apa2 yang kita buat dgn niat utk mendapatkan pahala dikira ikhlas.

Ini mengingatkan saya terhadap satu rancangan motivasi pagi yang saya dengar dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kisahnya begini...

Situasi -seorang ayah yang baru pulang dari tempat kerja dalam keadaan yang sangat letih,meminta anaknya mengambilkan segelas air buat penghilang dahaga.

Anak 1-"alaa ayah ni asyik saya saja yang kena suruh buat semua benda,kenapa tak suruh orang lain buat" kata anaknya.Namun.anaknya tetap menolong untuk mengambilkan air buat ayahnya yang kehausan

Anak 2 - "Hehehe ayah nak air ke....boleh..dengan syarat angah nk upah seringgit" ujar anaknya itu. Serupa juga,anaknya tetap menyediakan air minum buat ayahnya.

Anak 3 - "ayah nak air???ok ok saye ambilkan" dengan takut2 anaknya menghulurkan segelas air buat ayahnya.Barangkali anaknya yang ini takut dimarahi oleh ayahnya.

Anak 4- belum sempat ayahnya meminta,segelas air bersama sepiring biskut siap tersedia di atas meja."ayah mesti penatkan..saya dah siapkan air dan biskut..ayah nak saya urutkan ayah?"

Ape yang dapat dilihat di sini ialah semua anak itu melakukan kebaikan terhadap ayahnya.mereka semua telah membantu ayahnya menghilangkan dahaga. :-)

anak 1 - Melakukan kebaikan atas sebab perintah..walaupun ade ngomelan kecil.kebaikan tetap dilaksanakan..sebagai hambaNYA kita memang disuruh berbuat baik.

Anak 2 - Melakukan kebaikan untuk mendapatkan ganjaran.Ini juga bukan satu kesalahan.Malah sebagai hambanya kita memang dijanjikan pahala bagi setiap amal kebaikan yang dilakukan.

Anak 3 - Melakukan kebaikan atas sebab takut..takut dimarahi, takut menyinggung perasaan dan takut berbuat silap.Sebagai hamba ALLAH perasaan takut terhadapNYA adalah perlu,kerana ini dapat membantu kita dalam setiap perbuatan, tutur bicara yang dilakukan.

Anak 4 - Melakukan kebaikan atas dasar cinta dan kasih.Kerana kadih terhadap ayahnya die mahu berbuat segala apa jenis kebaikan buat ayahnya.Sebagai hambaNYA alangkah hebatnya jika kita mampu mencapai tahap cinta kepadaNYA sehingga segala apa yang kita lakukan adalah kerana cinta.

Berbalik kepada perbualan yang saya curi dengar...mari kita tepuk dada,tanya selera
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments: