Ward 6D, bed 1
Hospital Serdang
00:13 am
Day 10 of admission
Rojak rojak la english dan malay
Buat pertama kali, anak admitted. Ramai tanya kenapa tak masuk private.
Hari Sabtu 22.2.2020 kot, tarikh pak andak Umayr dan Wardah kahwin, Wardah start demam panas. Nasib bawa ear thermometer, tak sampai sejam asyik periksa saja suhu, tinggi! 38++
Bagi pcm supp setiap 6 jam, tak kebah. Muntah banyak kali, dan cirit pulak. Gundah gulana hati ini, tak nikmat nak hayati wedding pak andak korang, risau!
Esoknya sebenarnya plan nak sambung cuti, tapi wardah tak sihat kan, jadi duduk rumah je lah. Tapi masih tak resolved, muntah dan demam kurang,tapi masih lemah, tak main pun dengan Umayr 😢
Masuk isnin tu, muntah teruk balik, aduh, pergila cari klinik private yang boleh bagi iv drip. Sekali xde, jadi fikir fikir decide pergi serdang. Yelah, kita ni bukan jenis boleh cuti senang.kalau bawa pergi private confirm kena admit, mungkin lah selesa, tapi susah la pasal kerja kan. Kalau hospital kerajaan ni, kalau tak perlu diorang takkan admit.
Sampai serdang, sekali dr cek spo2 94%, wbc 33, crp 284, demam tak resolved, selera tak improve even dekat observation bay.x-ray pun x cantikðŸ˜
Akhirnya terpaksalah wardah admitted to ward