Suku abad baru berlalu,
Hidup seabad ku tak rasa berlaku,
Separuh abad lagi, jika panjang nafasku,
Andai itu tempoh hayatku,
Sepertiga sudah dimakan waktu,
Hembusan nafasku, tak terkira beribu,
Suku abad sudah di belakangku,
Ya ALLAH ampunkan setelahku,
Zalim pada rahim yang ku tumpang itu,
dan pada pelengkap pemilik rahim itu,
serta yang berkongsi rahim denganku,
tidak lupa pada kitab tuaku,
dan mereka yang senasab denganku,
Ampuni aku juga, keranaku,
menzalimi perantara rezekiku,
zalim pada sahabat dan temanku,
juga yang bermukim dengan ku,
dan yang bermastautin dengan ku
Yang pasti,
aku zalim pada MU.
Itu yang berlaku,
Ampuni aku.
Suku abad sudah berlalu
Namun sukar untukku membalas cintaMU,
Zalim pada diriku, itulah yang berlaku,
bantulah aku mencintaiMU,
Agar hidupku tidak dimakan waktu.
Kerana suku abad telah berlalu.
Dan aku tak tahu bila akhirnya waktu
The bird's tale...
1 year ago
No comments:
Post a Comment