Friday, April 27, 2012

Dulu, Kini, Seterusnya?

Dulu,
Tiada stesen radio Islam,
Yang ada pun sungguh malap dan suram,

Dulu,
Lagu nasyid diputar sebelum waktu asar,
Biar azan berkumandang, lagu terus diputar,

Dulu, 
Drama dan filem, berhijab tiada satu,
Yang ada pun sehari selepas Rabu,
Cuma Forum Perdana di tv 1.

Hari ini,
Forum Perdana tidak lagi sendiri,
Siaran santapan rohani, ada sepanjang hari!

Stesen IKIM.fm  tidak sugul lagi,
Demi laungan azan, lagu HOT.fm terus dihenti,

Hari ini, 
Hijab di drama tidak lagi janggal,
Mereka berani berhijab kekal,
menjaga wudhu' agar tak batal,

Hari ini juga, aku perhati,
Baik pengacara mahupun artis realiti,
Tetap, Assalamualaikum dimulai,

Hari ini,
aku yakin, suatu hari, kita akan gemilang lagi,


Seterusnya?

Janganlah berputus asa dalam berdakwah,
apatah lagi, tiada yang berubah,
hidayah itu milik ALLAH,
yang penting kita dah laksanakan perintah,

Marilah kita kuatkan hati,
Menjadi khalifah di bumi ini,
Setiap kita ialah daie,

Seterusnya lagi,
aku yakin, suatu hari, kita akan gemilang lagi,

Dedicated to myself.