Saturday, May 31, 2014

perihal hati

Bismillahirrahmanirrahim, 

Lama betul dah tak menulis.  

A Reflection:

2 tahun lalu, aku pernah menulis tentang perihal hati, tentang layak kah kita untuk berkecil hati. Hmm mungkin aku terlalu mahu untuk tidak berkecil hati, setiap kali aku hampir kecil hati aku ubah persepsi. Tapi aku rasa, sebenarnya manusia perlu berkecil hati. Itu adalah fitrah. Kerana sebenarnya bila kita mula berkecil hati, itulah masa kita kembali pada ilahi. Jika setiap kali pun kita mahu positifkan diri, kita mungkin lupa merintih pada ilahi. Kerana hakikatnya manusia itu lemah, sifat manusia perlu untuk meluahkan, merintih dan bermanja. Aku tak pasti kalau lelaki, tapi untuk perempuan, kita pasti akan merasa lebih lega setelah meluahkan apa yang terbuku di hati. Aku pasti bukan aku sahaja tapi semua pun pernah, apabila hati betul betul terguris, dan kita cerita pada ALLAH, cerita dalam doa, bukan minta apa apa tapi hanya cerita. Dan setelah itu, sebenarnya masalah masih tidak selesai, orang yang mengguris hati kita masih tidak perasan, dan mungkin akan terus mengguris, tapi hati kita lebih tenang dan tidak lagi terguris. (kerana kita telah menangis terhiba hiba menceritakan pada Pembolak balik hati). Subhanallah.  

Itu yang berlaku pada aku, aku baru perasan yang aku kini jarang sekali merintih padaNYA. Imanku lompong dan hatiku kosong (eh, power lak rasa bahasa melayu aku). Aku rasa aku perlu juga untuk biarkan hati aku terguris sekali sekala. Agar aku kembali kepada Yang Paling Mencintaiku lebih dari sesiapapun. 

Wallahualam

Saturday, January 4, 2014

2014

new post. new year, new laptop. :)

i think my endurance level is quite high (puji diri sendiri pulak)

i can live with the slowest ever laptop back in uni years.When I typed one word, i can go make a cup of coffee first while waiting for those words to appear.

I am not an athletic kind of person,back in school, when i was in a netball team (class netball team), i never get to play, because i am not aggressive. But hey! i can stand paddling all day long under the hot sun along Sungai Pahang! and whenever i go hiking, i can stand being the last one to reach the basecamp or summit. 

oh even my handphone, i can stand living without a handphone charger. i lived by charging the phone anywhere, anytime using any charger. hahah

 well, it all depends on perspective.

Today, in 2014 i'll list out few life lessons that i learnt : 

1) Happiness is a choice. I hear this often even during my uni years, but i came to realize and practice them quite recently.

2) If you can't change the situation, change the perspective ( this one lesson i learnt in 2013)

3) But if you can change the situation, work towards that ( am working on it)

4) Life is about making decisions, and there are no right decision. The most important thing is how you make a decision. ( Back in 2013, i made few significant decisions about my life, which i felt was the right thing to do, and now in 2014, when i was about to face the impact of those decisions, i am considering to take a detour) ALLAH knows best. whatever path that i choose, may that path leads me to ALLAH and prophet Muhammad pbuh. 

5) Learn to respond not react. Whenever people are being harsh and mean to me, i learnt that if i just be patient, don't react, think before respond, i ll realize that they are just being insecure. So, just be patient.

ok that's it. My life has always been good. Alhamdulillah ya ALLAH for the blessings. 

Friday, November 29, 2013

perlu ke tajuk?


penatnya hari ni..............

aku tau hari ni akan jadi x best dari awal lagi, sebab firstly aku terlepas subuh, semua jadi x kena, keluar rumah tertinggal phone, pergi bank 4,5,6,7 kali. plan nak mop rumah and lipat baju x jadi, sorang member buat kite rasa kecik hati, sekarang dok rumah sorang sorang rasa sunyi.

Teringat borak dengan kawan, die kata family die besar susah nak kumpul semua, tapi sgt close, walaupun masing masing banyak komitmen kawan, kerja, usrah, etc etc, tapi xde pulak rasa distant amongst family member.

then aku teringat sorang kawan cakap pasal keberkatan. huraian die macam ni, bile kite kejar akhirat and cinta ALLAH, ALLAH akan memelihara kita, memberi berkat dan rahmat. so aku macam nak cipta satu doa,

" Ya ALLAH, aku mohon keberkatan dalam setiap saat dalam hidup aku, bantulah aku dalam cita-cita dan impianku demiMU, walau sesibuk mana aku dalam urusan kerjaya ku, bantulah aku untuk memberi masa, kudrat, wang, kasih sayang dan perhatianku untuk ibu bapaku, adik beradikku, nenek nenekku, makcik dan pakcikku, sepupu sepupu ku, kaum kerabatku, sahabat sahabat ku, jiran-jiran ku, dan insyaallah, adik adik ipar ku, anak-anak saudara ku, dan seterusnya suami, anak anak, mertua, ipar duai, kaum kerabat baru dan diriku sendiri, Semoga hubungan kita, semakin hari semakin intim,aku mohon walau apa pun terjadi, pelihara cintaku terhadapmu"

sebab aku rasa, macam kes kawan aku yang aku cerita tu, mungkin sebab allah memberkati keluarga mereka, walaupun jarang jumpa, tapi hubungan kekeluargaan tetap utuh, dan aku kagum.

aku pernah rasa puas sangat bila aku kerja bersungguh sungguh, tapi pada masa yang sama aku dapat attend keduri kahwin and dapat spend time dgn keluarga,sedara and sahabat dan ziarah org sakit dan bile dapat accomplish banyak to do list dalam masa yang singkat. aku rasa itulah keberkatan masa.

dan hari ni, macam x berapa nk best sangat, tapi ada few good things that happened today:

- dapat makan nasi lemak best kt sg merap dgn ayahsu, suhail and Aisha
- check in ticket untuk family balik Malaysia
- transfer duit (yg ni paling mencabar)
 apa pun aku cuba sehabis baik to make today better than yesterday, tapi macam x pulak,wallahualam. semua pun insyaallah ada hikmahnya. tapi rasa x best sebab start hari dengan subuh gajah dan zuhur dinosaur.

semoga esok lebih baik. ameen ya rabb.