Tuesday, June 26, 2012

Jeju to Seoul

" Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki itu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana" kata seorang kenalan.
" Oh ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti seronok. Turki tu cantik. Permandangannya indah tak terkata." komen seorang kenalan lagi.
" Oh ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan bisnes kain lace, barang kulit, tudung, sutera dan kristal. "aju seorang kawan lagi.
" Oh ustaz biasa pergi Turki ya?Hehe... Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab," usik seorang kawan lagi

Subjeknya sama iaitu Turki, tetapi ulasan semua berbeza-beza...Itulah yang dikatakan 'siapa kamu menentukan cara kamu melihat.' Kesannya pula ialah ' Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'

Secangkir Teh Pengubat Letih by Hasrizal Abdul Jamil. 


It's a book that i've read recently that gave me a different perspective about travelling.
 
Anyway, I just got back from Incheon, Seoul, South Korea last night. Two words to describe our vacation ;


AWESOME
...

and

...
 
LEGEND
...
...
...

wait for it
...
...
...
...
...
wait for it
...
...

DARY !!!





Ju-sang Jeo Li Cliff


We went to Jeju Island for almost 4 days before heading to Seoul. There's so many to share that i can even write a book! I ll start with those two words to describe our vacation. InsyaALLAH when i have time, i ll share the ups and downs of our journey in South Korea.


Apart from fridge magnets, key chains, post cards, T-shirts and LOADS OF PICTURES. There are lots of lesson learnt too. One of them is that their punctuality and efficiency. So, i shall try to be punctual and efficient as much as i can like the Koreans.

Saturday, June 9, 2012

Suku Abad Quarter a Century

Suku abad baru berlalu,
Hidup seabad ku tak rasa berlaku,
Separuh abad lagi, jika panjang nafasku,

Andai itu tempoh hayatku,
Sepertiga sudah dimakan waktu,
Hembusan nafasku, tak terkira beribu,

Suku abad sudah di belakangku,
Ya ALLAH ampunkan setelahku,

Zalim pada rahim yang ku tumpang itu,
dan pada pelengkap pemilik rahim itu,
serta yang berkongsi rahim denganku,
tidak lupa pada kitab tuaku,
dan mereka yang senasab denganku,

Ampuni aku juga, keranaku,

menzalimi perantara rezekiku,
zalim pada sahabat dan temanku,
juga yang bermukim dengan ku,
dan yang bermastautin dengan ku

Yang pasti,
aku zalim pada MU.

Itu yang berlaku,
Ampuni aku.

Suku abad sudah berlalu
Namun sukar untukku membalas cintaMU,
Zalim pada diriku, itulah yang berlaku,
bantulah aku mencintaiMU,

Agar hidupku tidak dimakan waktu.
Kerana suku abad telah berlalu.

Dan aku tak tahu bila akhirnya waktu

Friday, April 27, 2012

Dulu, Kini, Seterusnya?

Dulu,
Tiada stesen radio Islam,
Yang ada pun sungguh malap dan suram,

Dulu,
Lagu nasyid diputar sebelum waktu asar,
Biar azan berkumandang, lagu terus diputar,

Dulu, 
Drama dan filem, berhijab tiada satu,
Yang ada pun sehari selepas Rabu,
Cuma Forum Perdana di tv 1.

Hari ini,
Forum Perdana tidak lagi sendiri,
Siaran santapan rohani, ada sepanjang hari!

Stesen IKIM.fm  tidak sugul lagi,
Demi laungan azan, lagu HOT.fm terus dihenti,

Hari ini, 
Hijab di drama tidak lagi janggal,
Mereka berani berhijab kekal,
menjaga wudhu' agar tak batal,

Hari ini juga, aku perhati,
Baik pengacara mahupun artis realiti,
Tetap, Assalamualaikum dimulai,

Hari ini,
aku yakin, suatu hari, kita akan gemilang lagi,


Seterusnya?

Janganlah berputus asa dalam berdakwah,
apatah lagi, tiada yang berubah,
hidayah itu milik ALLAH,
yang penting kita dah laksanakan perintah,

Marilah kita kuatkan hati,
Menjadi khalifah di bumi ini,
Setiap kita ialah daie,

Seterusnya lagi,
aku yakin, suatu hari, kita akan gemilang lagi,

Dedicated to myself.